Capital F thinggy!

WELCOME!
rujukan pelajar institut pengajian tinggi
Tuesday, May 21 17:24 2 Komen

assalamualaikum

korang baca ni :) aku copy dari salah seorang blogger. maaf ye mohon copy untuk share maklumat :)


Hari ini aku nak berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman berkaitan proses pembelajaran dan social life ketika sedang menuntut. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada pelajar dan bakal pelajar memandangkan aku pun banyak dapat soalan-soalan berkaitan perkara ini.

Ada beberapa isu yang sering bermain di fikiran bakal pelajar apabila berniat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Maklumlah keputusan SPM sudah pun diumumkan tak lama dulu. Antara soalan-soalan yang famous aku dapat ialah:


  1. Nak sambung bidang apa?
  2. Senang ke dapat kerja?
  3. IPTA atau IPTS?
  4. Kos pengajian
Sebenarnya ada banyak lagi yang xlarat aku nak senaraikan. Tak pe kita go through satu persatu insyaAllah.

1. Nak sambung bidang apa?
Perkara ni sering timbul apabila pelajar nak pilih kursus pengajian, biasanya di peringkat diploma. Pada pendapat aku, minat adalah satu-satunya jawapan dan pendorong kepada soalan ini. Biasanya pelajar akan memilih kursus yang mereka inginkan berdasarkan minat mereka sejak azali lagi. So pilih sahaja minat yang anda inginkan, kerana apabila anda berminat anda pasti akan berusaha sebaik mungkin. Asalkan jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Sekiranya anda masih keliru dengan minat anda, atau anda minat sangat dengan semua benda, ha yang ini merupakan satu masalah. Jadi pilih kursus yang pada pertama kali anda lihat, anda terbayangkan apa yang anda lakukan dalam bidang tersebut. Dan pada pendapat aku, korang perlu mendapatkan penjelasan yang lebih detail daripada sesiapa yang mahir dalam bidang berkenaan. Lagi satu cara, korang cuba Google bidang tu dan lihat apa komen manusia-manusia yang arif dalam bidang tersebut

2. Senang ke dapat kerja?
Soalan ni memang soalan panas melampaui batas. Tapi sebenarnya soalan ini terlalu subjective untuk dijawab. Biar kursus apa pun yang anda ambil semasa peringkat diploma, kebolehan dan pencapaian anda sangat memainkan peranan yang penting. Susah atau senang untuk mendapatkan kerja, bukan bergantung pada bidang yang anda ambil, tapi ia terletak kepada kebolehan dan kehebatan anda dalam bidang berkenaan. Mungkin ada beratus-ratus ribu graduan yang baka menamatkan pengajian dalam bidang yang sama dengan anda, tetapi cuba bayangkan anda di ranking yang keberapa dalam ratus-ratus ribu tu? So semasa anda dalam proses pembelajaran, bina sebanyak mana ilmu dan kejar sebanyak mana peluang yang terhidang di depan anda. Kekalkan konsistensi keputusan peperiksaan anda.

3. IPTA atau IPTS
Pada pendapat aku, kedua-dua institusi pengajian ni tak penting pada masa sekarang. Ianya berkait rapat dengan persoalan ke dua tadi. Pada pendapat aku, pelajar yang belajar di IPTA, apabila tamat belajar kelak akan tersedia hutang-hutang yang perlu dibayar. Bagi IPTS pula, kelebihan jika mendapat pinjaman MARA adalah satu peluang yang tidak boleh dipertikaikan keuntungannya. Tapi pelajar harus berusaha keras agar tidak disia-siakan peluang itu. Semoga bila tamat belajar, anda xperlu memikirkan bagaimana untuk membayar semula hutang-hutang yuran pengajian.

4. Kos Pengajian
Soalan ini banyak bergantung kepada persoalan yang ke tiga tadi. Seperti yang sedia maklum, yuran IPTA jauh lebih rendah dari IPTS. Tapi siapa peduli jika korang dapat pembiyaan dari MARA? Walaupun kos yuran pengajian mencecah jutaan ringgit, anda hanya perlu belajar bersungguh-sungguh supaya dapat convert kepada biasiswa. Secara tidak langsung, anda telah meletakkan standard yang tinggi dan batu loncatan kepada masa depan anda hidup anda. Berbanding dengan pelajar IPTA, walau bersungguh mana dan cemerlang pun, korang akan tetap diwajibkan membayar jumah hutang yuran pengajian.

P/S : copycat :)

bye,assalamualaikum


Owner



Assalamualaikum felass.
I'm Shahira from Malaysia.
People often called me, SHIERA.
I live in a fancy city called Taiping at Perak. Please be nice here :)

Enjoy reading my cute blog

You may leave your footprints here



♦ No harsh words, please ;)


Credits

The Skin By : Mrs Af
Basecode : Pieqah
Edited : BY ME

All rights reserved ® Shiera 2012.